Skip to main content

Sambaat Bosou Taakanon Tokou

Selamat bertemu kembali. Memandangkan lama kebelakangan ini jarang sudah ada perkongsian... Sibuk baa.. Kunun laa.. Okey.. Hari ini saya mau kongsi pasal satu makanan orang Borneo terutamanya di Sabah iaitu 'Bosou' atau dalam bahasa Dusun kami 'Sambaat'.  Makanan ini memang kegemaran saya la sejak saya dari kecil lagi.. Apa tidak sedap ba Bosou ni...Jadi mari kita lihat macam mana rupa ini bosou ini..jum jum......

Inilah dia Bosou
Sumber dari Google

     Kata orang tak kenal, maka tak cinta la kan.. Jadi mari kita berkenalan dulu dengan Bosou atau Sambaat ini. jum jum... Bosou, atau juga dikenali sebagai Tonsom atau Sambaat merupakan sejenis makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Bagi masyarakat yang tinggal di Ranau, Bosou dikenali sebagi Tinamba. Makanan ini menyerupai jeruk atau perkasam yang dijadikan sebagai hidangan sampingan. Bosou boleh disediakan dalam pelbagai jenis seperti Bosou Sada (ikan), Bosou Nangka (Nangka), Bosou Sayur-sayuran dan bermacam-macam lagi la mengikut citarasa masing-masing. Kalau saya semua saya makan laa.. Biasala.. Kalau pencinta makanan ne...semua sumbat ja dalam mulut...hermmmm....

 Bosou yang sudah dimasak dan siap untuk dimakan
Sumber: Google

     Bahan utama untuk buat ni makanan adalah samada ikan (jenis air tawar), buah-buahan atau sayur-sayuran, akan dicampur dengan beberapa bahan lain seperti nasi, garam, tuhau dan polod. Campuran bahan-bahan tersebut akan ditambah dengan buah Kepayang atau nama tempatan, Pangi (nama saintifik: Pangium Edule) yang berfungsi sebagai pengawet supaya makanan tahan lebih lama. Selepas dicampur kesemua bahan tersebut, ianya akan disimpan di dalam bekas bertutup ketat dan diperam selama 5 hingga 7 hari sebelum dihidangkan. Tapi kan kalau disimpan lebih lama lagi sedap ni.. mengikut pengalaman saya la.. Rasa hermm ...betul-betul yang asli dan memang terbaik la...



Bosou Sayur-Sayuran
Gambar daripada rasasayangsabah.blogspot.com



     Tapi kan Bosou ini  mempunyai bau yang sangat kuat dan kurang menyenangkan. Walaupun baunya kurang menyenangkan, rasanya sangat sedap dan menyelerakan. Selepas diperam selama beberapa hari, Bosou boleh dihidangkan terus atau dimasak semula. Selalunya Bosou dimasak semula untuk menghilangkan baunya dan dicampur dengan bahan-bahan tambahan seperti bawang, cili dan tuhau. 
     Tambahan info la kan, kononya masyarakat Kadazan-Dusun pada masa dahulu mempercayai Bosou mampu meningkatkan penghasilan susu ibu dan digalakkan untuk dimakan oleh ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Jadi untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak tu makan la Bosou atau Sambaat ini... Tapi jangan makan banyak.. Sebab tidak juga bagus kata orang tua-tua dulu yang saya dengar...


Baiklah, sampai sini saja perkongsian hari ini..nanti lagi kita sambung kio...Babaaaiiii...



Kita-kita juga baini.....Kihaaaa.....


Comments

Popular posts from this blog

Hinava Ginapan

Salam bertemu semua. Hari ini saya akan berkongsi satu lagi info pasal makanan suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah iaitu Hinava atau Hinava Ginapan. Bagi suku kaum Bajau dari pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai Kinilau. Makanan ini disediakan sama seperti mana Sushi dari Jepun disediakan. Ianya merupakan hidangan yang mana bahan utamanya ialah isi ikan segar yang tidak dimasak tetapi dibersihkan dengan cuka atau limau dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan juga garam. Hinava       Ikan yang digunakan untuk membuat Hinava selalunya ikan tenggiri dan kadang-kala ikan Yu. Namun disebabkan ikan Yu antara spesis hidupan laut yang diancam kepupusan, makan ikan Tenggiri menjadi pilihan utama. Kadang-kala, ikan boleh digantikan dengan hidupan laut yang lain seperti udang dan sotong. Oleh kerana bahan-bahan dari laut seperti ikan, sotong dan udang tidak dimasak, bahan-bahan tersebut mestilah dalam kea...

Tuhau@E. Coccinea,

Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Suku kaum saya la itu. Sekadar pengetahuan tambahan. Okeyy. Tuhau adalah sejenis tumbuhan dari keluarga halia dan hanya tumbuh di kawasan hutan hujan terutamanya di Kepulauan Borneo misalnya di Ranau, Keningau dan juga Kota Belud.       Jadi macam mana proses nak buat Tuhau ni ialah senang jee, keluarkan bahagian dalam batang Tuhau dan potong kecil-kecil sebelum mencampurkannya dengan bahan-bahan lain seperti garam, cili merah dan limau. Hasilnya, memang sangat dan betul-betul sedaap. Gambar daripada   mysabah.com      Istimewanya, makanan Tuhau boleh disimpan lama dan dihidangkan bila-bila masa. Naa, jadi kalau untuk yang pelajar yang sekolah jauh-jauh tu bawalah Tuhau sentiasa supaya tidak terlampau rindu nanti mau makan Tuhau. Tambahan itu, Tuhau ni sesuai dimakan bersama nasi yang masih panas dan lauk-pauk seperti ikan dan j...