Salam sejahtera semuanya..Harap semuanya baik-baik sahaja... Baik baa kan..
Mau tanya dulu la ni, siapa yang tau apa itu ambuyat?? Mesti ada juga ba yang tau ni kan. Tapi ada juga yang tidak tau itu. Macam saya juga la dulu.. Saya pun tidak tau juga.. Bila bercerita dengan mamy saya..hermm..baru tau... sekarang pandai makan sudah ..Sedaap juga laa....
Ambuyat
Nampak pelik juga la Ambuyat ni.. tapi rasanya memang sedap. Untuk pengetahuan semua Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai Linut.( sumber: wikipedia ) Tapi banyak dijual di Sabah laa...
Ambuyat yang mempunyai warna yang putih dan tekstur yang seakan-akan gam.
Gambar daripada blog-makanandisabah.blogspot.com
Mahu kongsi juga la resipi mau buat Ambuyat ni.. Tapi sebelum itu untu pengetahuan tambahan, Ambuyat ini boleh disediakan dengan mudah tetapi perlu mematuhi cara penyediaannya dengan tepat kerana sedikit kesilapan boleh menyebabkan Ambuyat anda tidak menjadi atau tidak sama dengan rasa Ambuyat yang sebenar. Jadi kalau mau tahu cara mau buat Ambuyat yang betu-betul menjadi, kamu klik saja blogger link yang saya sediakan di bawah itu.
Resipi oleh sabahanresipi6126.blogspot.com
Sekian saja perkongsian saya hari ini..harap ada info yang dapat kita ketahui melalui perkongsian ini..
Jumpa lagi di perkongsian seterusnyaa....babaiii....
Kita-kita juga baini..Kihaaa.....
Comments
Post a Comment