Skip to main content

Penyaram Sedaap


                                                                                                       

Cakap ja pasal makanan ni mesti banyak nak makan itulah inilah. Jadi hari ini nak kongsi sikit pasal satu kuih kegemaran orang Sabah ini. Nampak je mesti nak makan kan. Nama kuih ni Penyaram. Kat Sarawak pun sebenarnya ada.

Kuih Penyaram

     Kuih penyaram ni sebenarnya ada banyak jenis. Ada yang bila makan tu lembut saja. Tapi ada juga yang agak keras tapi tak apa rasanya memang masih sedap. Jadi kalau belum pernah makan tu cuba la cari mana-mana tempat untuk beli kuih ni. Di Sabah dan Sarawak memang banyak sangat dijual dan sebenarnya sudah menjadi kegemaran orang ramai.


Kuih Penyaram
Sumber dari Google

     Kalau nak tahu kuih penyaram ni merupakan salah satu makanan tradisional orang Bajau di Kota Belud Sabah. Kebanyakan yang menjual kuih ini di pekan pun orang Bajau. Biasalah, mereka saja kan yang tahu bagaimana membuat kuih ini sebenarnya. Tapi tak pa la yang penting kita dapat merasa. Lagi 1 kuih penyaram buatan orang Bajau lebih sedap daripada buat sendiri. Pendapat saya la. Hermm...

     Jadi setakat ini saja perkongsian saya hari ini tentang makanan yang ada di Sabah iaitu Penyaram. Jangan malu jangan segan.. Datang ja kat Sabah atau Sarawak untuk merasai bagaimana rasa sebenar kuih Penyaram ini. 
Terima kasih atas masa yang ada luangkan membaca post saya ini.. Bai bai....

Kita-kita juga baini....Kihaaaaaa













Comments

Popular posts from this blog

Sambaat Bosou Taakanon Tokou

Selamat bertemu kembali. Memandangkan lama kebelakangan ini jarang sudah ada perkongsian... Sibuk baa.. Kunun laa.. Okey.. Hari ini saya mau kongsi pasal satu makanan orang Borneo terutamanya di Sabah iaitu 'Bosou' atau dalam bahasa Dusun kami 'Sambaat'.  Makanan ini memang kegemaran saya la sejak saya dari kecil lagi.. Apa tidak sedap ba Bosou ni...Jadi mari kita lihat macam mana rupa ini bosou ini..jum jum...... Inilah dia Bosou Sumber dari Google      Kata orang tak kenal, maka tak cinta la kan.. Jadi mari kita berkenalan dulu dengan Bosou atau Sambaat ini. jum jum... Bosou, atau juga dikenali sebagai Tonsom atau Sambaat merupakan sejenis makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Bagi masyarakat yang tinggal di Ranau, Bosou dikenali sebagi Tinamba. Makanan ini menyerupai jeruk atau perkasam yang dijadikan sebagai hidangan sampingan. Bosou boleh disediakan dalam pelbagai jenis seperti Bosou Sada (ikan), Bosou Nangka (Nangka), Bosou ...

Hinava Ginapan

Salam bertemu semua. Hari ini saya akan berkongsi satu lagi info pasal makanan suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah iaitu Hinava atau Hinava Ginapan. Bagi suku kaum Bajau dari pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai Kinilau. Makanan ini disediakan sama seperti mana Sushi dari Jepun disediakan. Ianya merupakan hidangan yang mana bahan utamanya ialah isi ikan segar yang tidak dimasak tetapi dibersihkan dengan cuka atau limau dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan juga garam. Hinava       Ikan yang digunakan untuk membuat Hinava selalunya ikan tenggiri dan kadang-kala ikan Yu. Namun disebabkan ikan Yu antara spesis hidupan laut yang diancam kepupusan, makan ikan Tenggiri menjadi pilihan utama. Kadang-kala, ikan boleh digantikan dengan hidupan laut yang lain seperti udang dan sotong. Oleh kerana bahan-bahan dari laut seperti ikan, sotong dan udang tidak dimasak, bahan-bahan tersebut mestilah dalam kea...

Makanan Etnik Sabah (Ambuyat)

Salam sejahtera semuanya..Harap semuanya baik-baik sahaja... Baik baa kan.. Mau tanya dulu la ni, siapa yang tau apa itu ambuyat?? Mesti ada juga ba yang tau ni kan. Tapi ada juga yang tidak tau itu. Macam saya juga la dulu.. Saya pun tidak tau juga.. Bila bercerita dengan mamy saya..hermm..baru tau... sekarang pandai makan sudah ..Sedaap juga laa....   Ambuyat            Nampak pelik juga la Ambuyat ni.. tapi rasanya memang sedap.  Untuk pengetahuan semua Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai Linut.( sumber: wikipedia ) Tapi banyak dijual di Sabah laa... Ini pula rupa tepung sagu ambuyat. Sumber: Google      Nampak pelik juga...