Skip to main content

Hinava Ginapan

Salam bertemu semua. Hari ini saya akan berkongsi satu lagi info pasal makanan suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah iaitu Hinava atau Hinava Ginapan. Bagi suku kaum Bajau dari pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai Kinilau. Makanan ini disediakan sama seperti mana Sushi dari Jepun disediakan. Ianya merupakan hidangan yang mana bahan utamanya ialah isi ikan segar yang tidak dimasak tetapi dibersihkan dengan cuka atau limau dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan juga garam.


Hinava
     Ikan yang digunakan untuk membuat Hinava selalunya ikan tenggiri dan kadang-kala ikan Yu. Namun disebabkan ikan Yu antara spesis hidupan laut yang diancam kepupusan, makan ikan Tenggiri menjadi pilihan utama. Kadang-kala, ikan boleh digantikan dengan hidupan laut yang lain seperti udang dan sotong. Oleh kerana bahan-bahan dari laut seperti ikan, sotong dan udang tidak dimasak, bahan-bahan tersebut mestilah dalam keadaan segar.
   

Isi ikan tenggiri
Gambar daripada hungerhunger.blogspot.com

     Hinava selalunya dihidangkan sebagai menu harian dan menjadi hidangan wajib untuk hari-hari istimewa seperti majlis perkahwinan atau hari keramaian seperti Pesta Menuai. Ia juga dimakan begitu sahaja dan rasanya begitu enak. Hinava juga sedap dimakan bersama nasi yang masih panas atau bersama sambal pedas. Makanan ini boleh didapati di restoran atau gerai makanan tempatan dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Terdapat juga hotel-hotel terkemuka di Sabah yang menyediakan makanan ini untuk diperkenalkan kepada pelancong yang datang ke Sabah. 


Hinava sedia untuk dimakan
     Jadi nak rasa Hinava jum datang jeh dekat Sabah.. Kalau tidak pun minta ajar la dengan kawan-kawan dari Sabah untuk buat makanan ni. Tapi rasanya tidak la sama yang dibuat di Sabah. Tidak baa. Setakat sini saja perkongsian saya hari ini. Bertemu lagi kita dalam perkongsian seterusnyaaa...


Kita-kita juga baini...Kihaaa....


Comments

Popular posts from this blog

Sambaat Bosou Taakanon Tokou

Selamat bertemu kembali. Memandangkan lama kebelakangan ini jarang sudah ada perkongsian... Sibuk baa.. Kunun laa.. Okey.. Hari ini saya mau kongsi pasal satu makanan orang Borneo terutamanya di Sabah iaitu 'Bosou' atau dalam bahasa Dusun kami 'Sambaat'.  Makanan ini memang kegemaran saya la sejak saya dari kecil lagi.. Apa tidak sedap ba Bosou ni...Jadi mari kita lihat macam mana rupa ini bosou ini..jum jum...... Inilah dia Bosou Sumber dari Google      Kata orang tak kenal, maka tak cinta la kan.. Jadi mari kita berkenalan dulu dengan Bosou atau Sambaat ini. jum jum... Bosou, atau juga dikenali sebagai Tonsom atau Sambaat merupakan sejenis makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Bagi masyarakat yang tinggal di Ranau, Bosou dikenali sebagi Tinamba. Makanan ini menyerupai jeruk atau perkasam yang dijadikan sebagai hidangan sampingan. Bosou boleh disediakan dalam pelbagai jenis seperti Bosou Sada (ikan), Bosou Nangka (Nangka), Bosou ...

Tuhau@E. Coccinea,

Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Suku kaum saya la itu. Sekadar pengetahuan tambahan. Okeyy. Tuhau adalah sejenis tumbuhan dari keluarga halia dan hanya tumbuh di kawasan hutan hujan terutamanya di Kepulauan Borneo misalnya di Ranau, Keningau dan juga Kota Belud.       Jadi macam mana proses nak buat Tuhau ni ialah senang jee, keluarkan bahagian dalam batang Tuhau dan potong kecil-kecil sebelum mencampurkannya dengan bahan-bahan lain seperti garam, cili merah dan limau. Hasilnya, memang sangat dan betul-betul sedaap. Gambar daripada   mysabah.com      Istimewanya, makanan Tuhau boleh disimpan lama dan dihidangkan bila-bila masa. Naa, jadi kalau untuk yang pelajar yang sekolah jauh-jauh tu bawalah Tuhau sentiasa supaya tidak terlampau rindu nanti mau makan Tuhau. Tambahan itu, Tuhau ni sesuai dimakan bersama nasi yang masih panas dan lauk-pauk seperti ikan dan j...