Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Penyaram Sedaap

                                                                                                        Cakap ja pasal makanan ni mesti banyak nak makan itulah inilah. Jadi hari ini nak kongsi sikit pasal satu kuih kegemaran orang Sabah ini. Nampak je mesti nak makan kan. Nama kuih ni Penyaram. Kat Sarawak pun sebenarnya ada. Kuih Penyaram      Kuih penyaram ni sebenarnya ada banyak jenis. Ada yang bila makan tu lembut saja. Tapi ...

Hinava Ginapan

Salam bertemu semua. Hari ini saya akan berkongsi satu lagi info pasal makanan suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah iaitu Hinava atau Hinava Ginapan. Bagi suku kaum Bajau dari pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai Kinilau. Makanan ini disediakan sama seperti mana Sushi dari Jepun disediakan. Ianya merupakan hidangan yang mana bahan utamanya ialah isi ikan segar yang tidak dimasak tetapi dibersihkan dengan cuka atau limau dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan juga garam. Hinava       Ikan yang digunakan untuk membuat Hinava selalunya ikan tenggiri dan kadang-kala ikan Yu. Namun disebabkan ikan Yu antara spesis hidupan laut yang diancam kepupusan, makan ikan Tenggiri menjadi pilihan utama. Kadang-kala, ikan boleh digantikan dengan hidupan laut yang lain seperti udang dan sotong. Oleh kerana bahan-bahan dari laut seperti ikan, sotong dan udang tidak dimasak, bahan-bahan tersebut mestilah dalam kea...

Makanan Etnik Sabah (Ambuyat)

Salam sejahtera semuanya..Harap semuanya baik-baik sahaja... Baik baa kan.. Mau tanya dulu la ni, siapa yang tau apa itu ambuyat?? Mesti ada juga ba yang tau ni kan. Tapi ada juga yang tidak tau itu. Macam saya juga la dulu.. Saya pun tidak tau juga.. Bila bercerita dengan mamy saya..hermm..baru tau... sekarang pandai makan sudah ..Sedaap juga laa....   Ambuyat            Nampak pelik juga la Ambuyat ni.. tapi rasanya memang sedap.  Untuk pengetahuan semua Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai Linut.( sumber: wikipedia ) Tapi banyak dijual di Sabah laa... Ini pula rupa tepung sagu ambuyat. Sumber: Google      Nampak pelik juga...

Sambaat Bosou Taakanon Tokou

Selamat bertemu kembali. Memandangkan lama kebelakangan ini jarang sudah ada perkongsian... Sibuk baa.. Kunun laa.. Okey.. Hari ini saya mau kongsi pasal satu makanan orang Borneo terutamanya di Sabah iaitu 'Bosou' atau dalam bahasa Dusun kami 'Sambaat'.  Makanan ini memang kegemaran saya la sejak saya dari kecil lagi.. Apa tidak sedap ba Bosou ni...Jadi mari kita lihat macam mana rupa ini bosou ini..jum jum...... Inilah dia Bosou Sumber dari Google      Kata orang tak kenal, maka tak cinta la kan.. Jadi mari kita berkenalan dulu dengan Bosou atau Sambaat ini. jum jum... Bosou, atau juga dikenali sebagai Tonsom atau Sambaat merupakan sejenis makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Bagi masyarakat yang tinggal di Ranau, Bosou dikenali sebagi Tinamba. Makanan ini menyerupai jeruk atau perkasam yang dijadikan sebagai hidangan sampingan. Bosou boleh disediakan dalam pelbagai jenis seperti Bosou Sada (ikan), Bosou Nangka (Nangka), Bosou ...

Tuhau@E. Coccinea,

Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Suku kaum saya la itu. Sekadar pengetahuan tambahan. Okeyy. Tuhau adalah sejenis tumbuhan dari keluarga halia dan hanya tumbuh di kawasan hutan hujan terutamanya di Kepulauan Borneo misalnya di Ranau, Keningau dan juga Kota Belud.       Jadi macam mana proses nak buat Tuhau ni ialah senang jee, keluarkan bahagian dalam batang Tuhau dan potong kecil-kecil sebelum mencampurkannya dengan bahan-bahan lain seperti garam, cili merah dan limau. Hasilnya, memang sangat dan betul-betul sedaap. Gambar daripada   mysabah.com      Istimewanya, makanan Tuhau boleh disimpan lama dan dihidangkan bila-bila masa. Naa, jadi kalau untuk yang pelajar yang sekolah jauh-jauh tu bawalah Tuhau sentiasa supaya tidak terlampau rindu nanti mau makan Tuhau. Tambahan itu, Tuhau ni sesuai dimakan bersama nasi yang masih panas dan lauk-pauk seperti ikan dan j...