Salam bertemu semua. Hari ini saya akan berkongsi satu lagi info pasal makanan suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah iaitu Hinava atau Hinava Ginapan. Bagi suku kaum Bajau dari pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai Kinilau. Makanan ini disediakan sama seperti mana Sushi dari Jepun disediakan. Ianya merupakan hidangan yang mana bahan utamanya ialah isi ikan segar yang tidak dimasak tetapi dibersihkan dengan cuka atau limau dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan juga garam. Hinava Ikan yang digunakan untuk membuat Hinava selalunya ikan tenggiri dan kadang-kala ikan Yu. Namun disebabkan ikan Yu antara spesis hidupan laut yang diancam kepupusan, makan ikan Tenggiri menjadi pilihan utama. Kadang-kala, ikan boleh digantikan dengan hidupan laut yang lain seperti udang dan sotong. Oleh kerana bahan-bahan dari laut seperti ikan, sotong dan udang tidak dimasak, bahan-bahan tersebut mestilah dalam kea...
Cakap ja pasal makanan ni mesti banyak nak makan itulah inilah. Jadi hari ini nak kongsi sikit pasal satu kuih kegemaran orang Sabah ini. Nampak je mesti nak makan kan. Nama kuih ni Penyaram. Kat Sarawak pun sebenarnya ada. Kuih Penyaram Kuih penyaram ni sebenarnya ada banyak jenis. Ada yang bila makan tu lembut saja. Tapi ...